fb fb fb fb fb

7 terbunuh kren tumbang di kilang Thailand

Kemalangan berlaku semasa pembinaan sebuah kilang yang sedang membuat cerobong (saluran paip) logam/Foto Facebook Rescue Pluakdaeng Rayong

BANGKOK, 30 Mac - Sekurang-kurang tujuh maut selepas kren tumbang semasa kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di sebuah kilang di Thailand, semalam.

Ketua Polis Tempatan, Chaipong Sangpongchai, kemalangan itu berlaku di wilayah Rayong, selatan ibu negara Bangkok kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.

"Kemalangan berlaku semasa pembinaan sebuah kilang yang sedang membuat cerobong (saluran paip) logam," katanya.

Media tempatan melaporkan kesemua mangsa merupakan pekerja kilang.

Kemalangan melibatkan pembinaan merupakan insiden sering berlaku di negara Thailand rentetan pemilik perniagaan dilihat sering mengabaikan aspek keselamatan dan beroperasi tanpa permit.

Pada Januari lalu, letupan dahsyat di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri telah meragut nyawa 23 orang.

Satu lagi insiden letupan berlaku di sebuah kilang dekat Narathiwat, Selatan Thailand telah mengorbankan 10 orang, pada Julai tahun lalu - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN