DENPASAR, 3 Julai - Sekurang-kurangnya 61 orang hilang selepas sebuah feri karam di luar pulau peranginan popular di Bali, Indonesia.
Menurut agensi mencari dan menyelamat tempatan, kapal itu tenggelam sekitar 11:20 malam pada hari Rabu di Selat Bali ketika ia belayar ke destinasi percutian terkenal dari pulau Jawa.
"Data feri itu menunjukkan seramai 53 penumpang dan 12 kru. Feri itu, yang dianggarkan karam pada 23:20 waktu tempatan, turut memuatkan 22 kenderaan termasuk 14 lori," kata agensi yang berpangkalan di Jawa.
Bagaimanapun empat orang berjaya diselamatkan pada awal pagi Khamis.-AFP