GUWAHATI, 31 Mei - Hujan monsun lebat di timur laut India mencetuskan tanah runtuh dan banjir , mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang di Assam.
Amaran merah telah dikeluarkan untuk 12 daerah di Assam berikutan hujan berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan banjir di kawasan bandar.
Kawasan paling teruk adalah ibu negeri, Guwahati.
Bekalan elektrik terpaksa diputuskan di beberapa daerah untuk mengurangkan risiko renjatan elektrik.
Beberapa kawasan rendah di Guwahati dinaiki air, dengan ratusan keluarga terpaksa meninggalkan rumah untuk mencari perlindungan .
Ketua Menteri Himanta Biswa Sarma berkata kerajaannya telah mengerahkan pasukan penyelamat manakala bekalan beras dihantar sebagai bantuan makanan.
Pada Isnin, hujan lebat membanjiri ibu kota kewangan India, Mumbai, di mana hujan monsun turun kira-kira dua minggu lebih awal daripada biasa, paling awal selama hampir suku abad.
Asia Selatan semakin panas dan telah menyaksikan perubahan corak cuaca dalam beberapa tahun kebelakangan.
Para saintis namun tidak jelas tentang bagaimana sebenarnya faktor pemanasan gloal mempengaruhi kedatangan monsun yang sangat kompleks. - AFP