fb fb fb fb fb

48 migran termasuk tiga mengandung diselamatkan

(Foto REUTERS)

ARGUINEGUIN, 11 Mac- Kira-kira 48 migran yang terkandas dari Kepulauan Kenari pada Jumaat diselamatkan.

Pihak berkuasa Sepanyol berkata mereka dibawa ke pelabuhan Arguineguin.

"Mereka yang diselamatkan termasuk 24 wanita dan enam kanak-kanak.

"Tiga daripada wanita terbabit sedang mengandung.

"Kesemuanya berada dalam keadaan baik.

"Pekerja penyelamat menemui mereka di dalam bot, 100 batu dari pantai Sepanyol," katanya menerusi kenyataan.

Setiap tahun, beribu-ribu orang meninggalkan Afrika utara untuk melakukan perjalanan ke Eropah dalam mencari kehidupan yang lebih baik.

Menurut data Kementerian Dalam Negeri Sepanyol, seramai 1,865 pendatang asing telah menyeberangi Kepulauan Kenari dengan bot pada 28 Februari lalu.

Tahun lepas, 15,682 pendatang asing tiba di kepulauan tersebut. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu