MALANG, 3 Oktober- Sekurang-kurangnya 32 kanak-kanak maut dalam insiden rusuhan di stadium Kanjuruhan, Indonesia.
Pegawai Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Kanak-kanak Indonesia, Nahar memaklumkan, mangsa yang paling muda terkorban berusia tiga tahun.
"Berpuluh-puluh kanak-kanak yang terperangkap dalam huru-hara tersebut kehilangan nyawa mereka.
Berdasarkan data terkini yang kami terima, daripada 125 orang yang maut dalam tragedi itu, 32 daripadanya adalah kanak-kanak, dengan yang paling muda adalah berusia tiga atau empat tahun," katanya.
(Kasut dan selipar mangsa tragedi rempuhan ditinggalkan di Stadium Kanjuruhan / Foto AFP)
Ketika kemarahan memuncak terhadap polis, Ketua Menteri Keselamatan Indonesia, Mahfud MD mengumumkan sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk menyiasat dan menggesa mereka yang bertanggungjawab dihukum.
Sementara itu, Ketua Polis Negara telah memecat Ketua Polis Malang selang beberapa jam selepas ucapan Mahfud.
"Malam ini Ketua Polis Negara telah membuat keputusan untuk melepaskan Ketua Polis Malang, Ferli Hidayat dan menggantikannya," kata jurucakap Polis Negara, Dedi Prasetyo dalam sidang media.
Polis Jawa Timur turut menggantung tugas sembilan pegawai atas arahan Polis Negara tanpa memberi butiran lanjut mengenai tugas mereka dalam tragedi itu. -AFP