fb fb fb fb fb

30 terbunuh serangan udara Israel di Gaza

Puluhan lagi cedera akibat serangan udara Israel yang dilancarkan di wilayah Palestin/Foto AFP

GAZA CITY, 29 Oktober – Sekurang-kurangnya 30 penduduk Gaza terbunuh manakala puluhan lagi cedera akibat serangan udara Israel yang dilancarkan di wilayah Palestin itu, menurut Agensi Pertahanan Awam Gaza pada Rabu.

Jurucakap agensi berkenaan, Mahmud Basal, berkata pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari dan mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan bangunan yang musnah.

“Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. Pasukan kami masih berusaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus,” katanya kepada AFP.

Serangan itu dilancarkan walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa, selepas Israel menuduh Hamas menyerang tenteranya dan melanggar perjanjian damai tersebut. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN