BEIJING, 29 Oktober- China mengesahkan pertemuan antara presidennya, Xi Jinping dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di luar sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan, esok.
Perkara itu disahkan jurucakap Kementerian Luar Negeri yang enggan namanya didedahkan.
“Seperti yang telah dipersetujui antara China dan Amerika Syarikat, Presiden Xi Jinping akan bertemu dengan Presiden Donald Trump di Busan, bagi bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala serta isu-isu yang menjadi kepentingan bersama,” katanya.