fb fb fb fb fb

3 polis maut, 2 cedera parah ditembak di Pennsylvania

Seorang anggota polis dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter Medevac selepas insiden tembakan di North Codorus Township, York County, Pennsylvania, Amerika Syarikat. / Foto REUTERS

PENNSYLVANIA, 18 September – Tiga anggota polis maut manakala dua lagi cedera parah selepas seorang lelaki melepaskan tembakan kepada anggota terlibat.

Kejadian berlaku pada petang semalam (Rabu) di perbandaran di Codorus, York County.

Pesuruhjaya Polis Pensylvania, Christopher Paris, berkata kesemua lima pegawai terlibat dalam siasatan kes keganasan rumah tangga apabila mereka diserang.

“Saya boleh sahkan bahawa lima anggota penguat kuasa ditembak hari ini, tiga daripadanya maut.

"Dua lagi kini berada di hospital dalam keadaan kritikal tetapi stabil,” katanya.

Menurut Paris, suspek turut maut selepas ditembak polis di lokasi kejadian.

“Saya boleh sahkan bahawa penembak sudah mati. Tiada ancaman berterusan kepada orang awam,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut kerana siasatan masih berlangsung. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD