fb fb fb fb fb

3 orang terbunuh beberapa cedera, pemuda lepaskan tembakan di Copenhagen

(FOTO AFP)

COPENHAGEN, 4 Julai- Tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli belah popular di Denmark pada Ahad.

Menurut pengunjung sebaik terdengar tembakan, mereka lari menyelamatkan diri.

Seorang lelaki Denmark yang melepaskan tembakan ditahan, namun polis tidak menyatakaan motif serangan. Kata polis, lelaki itu bertindak bersendirian.

"Dia (pelaku) bukan seseorang yang kami kenali," kata Ketua Polis Copenhagen, Soren Thomassen dalam sidang media kejadian tembakan beramai-ramai yang jarang berlaku atau pertama kali sejak Februari 2015.

Menurut saksi kejadian, pemuda yang menggunakan senapang jenis laras panjang itu berjaya ditahan tanpa pergelutan serius sejurus selepas pasukan polis tiba di pusat beli belah itu yang terletak antara pusat bandar dan lapangan terbang Copenhagen. (Artikel berkaitan Tembakan di Copenhagen, seorang suspek ditahan)

“Tiga kematian dan beberapa orang lagi cedera, tiga daripadanya kritikal,” kata Thomassen.

Mangsa yang mati, seorang lelaki berumur 40-an dan dua lagi pemuda, namun polis tidak menyatakan umur mereka.

Di media sosial, penduduk membuat spekulasi, serangan bermotifkan perkauman atau beberapa motif lain, "tetapi saya tidak boleh mengatakan bahawa kami (polis) mempunyai bukti atau apa-apa yang menyokong pendapat tersebut."

Bagaimanpun polis mengesahkan telah menjalankan siasatan atas video dalam talian menunjukkan suspek dengan senjata mengacukan pistol ke kepalanya.


(Orang ramai berpelukan ketika polis memindahkan pengunjung dari pusat beli-belah Fields
di Copenhagen, Denmark, pada 3 Julai 2022 selepas berlaku insiden tembakan/AFP)

Kejadian berlaku pada Ahad, kira-kira 5.30 petang menyebabkan pengunjung panik. Ketika kejadian jumlah pengunjung agak ramai kerana konsert penyanyi Britain, Harry Styles di lokasi berhampiran Royal Arena telah dibatalkan.

“Anak perempuan saya sepatutnya ke konsert Harry Styles. Dia menghubungi saya memaklumkan berlaku kejadian tembak. Mereka berada di sebuah restoran ketika kajadian, kata Hans Christian Stolz, 53 warga Sweden yang datang ke pusat beli belah itu untuk mengambil anaknya.

“Pada mulanya kami ingatkan pengunjung berlari kerana melihat Harry Styles, selepas itu baru kami sedar, pengunjung panik... kami berlari untuk menyelamatkan diri," kata anak perempuannya Cassandra.

Sementara itu, Styles berkata dia amat kecewa dengan berita kejadian itu.

"Saya bersama-sama dengan penduduk Copenhagen berasa amat kecewa. Saya amat memuja bandar ini, dan mohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama," kata penyanyi itu di Twitter.

Lebih seminggu lalu seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan berhampiran sebuah bar gay di Oslo, Norway jiran Denmark membunuh dua orang dan mencederakan 21 yang lain.

Pada Februari 2015, dua orang terbunuh dan lima cedera di Copenhagen dalam satu siri tembakan didakwa bermotifkan Islam. –AFP

Media Baharu