fb fb fb fb fb

25 terbunuh serangan udara Israel di Gaza

Foto Reuters

KAHERAH, 21 Disember – Serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Jumaat, termasuk sekurang-kurangnya lapan orang dalam sebuah pangsapuri di kem pelarian Nuseirat dan 10 orang, termasuk tujuh kanak-kanak, di bandar Jabalia, menurut pasukan perubatan.

Para pengantara, termasuk Qatar dan Mesir, masih gagal mencapai gencatan senjata antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas walaupun selepas lebih setahun konflik berterusan.

Sumber rapat rundingan memaklumkan bahawa beberapa perbezaan telah diselesaikan, namun isu kritikal masih menjadi penghalang utama.

Pihak berkuasa di Gaza melaporkan serangan Israel telah mengakibatkan lebih 45,000 rakyat Palestin terbunuh dan menyebabkan sebahagian besar penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Sebahagian besar wilayah Gaza kini berada dalam keadaan musnah sepenuhnya.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN