fb fb fb fb fb

206 kg kokain dalam kenderaan bawa diplomat dirampas di sempadan Turkiye

206 kilogram kokain ditemukan dalam sebuah kenderaan yang membawa seorang warga Republik Demokratik Congo di sempadan Turkiye/ REUTERS

BULGARIA, 21 Julai – Kementerian Dalam Negeri Bulgaria merampas sebanyak 206 kilogram kokain yang ditemukan dalam sebuah kenderaan yang membawa seorang warga Republik Demokratik Congo di sempadan negara itu dengan Turkiye.

Menurut kenyataan rasmi kementerian itu, nilai rampasan dianggarkan hampir 19 juta euro (sekitar AS$22 juta), sekali gus menjadi rampasan terbesar pernah direkodkan di sempadan darat Bulgaria.

Dadah berkenaan ditemukan dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan nombor pendaftaran diplomatik, dipandu oleh seorang warganegara Bulgaria yang turut membawa seorang rakyat Belgium serta seorang warga Republik Demokratik Congo.

Media tempatan memetik kenyataan pendakwa raya bahawa status diplomatik lelaki Congo itu adalah untuk Belgium dan beliau tidak semestinya menikmati kekebalan diplomatik di Bulgaria.

Kenderaan tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari Belgium menuju ke Turkiye melalui Bulgaria ketika dihentikan pihak berkuasa.

Ketiga-tiga individu dalam kenderaan itu telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa sempadan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI