LONDON, 21 Julai – Tindakan seorang pelakon dalam pementasan teater Il Trovatore karya Verdi dengan mengibarkan bendera Palestin mencuri tumpuan penonton Royal Opera House di sini.
Aksi pelakon itu dirakam ketika dia masih berada di atas pentas tersebut, tanpa menghiraukan individu di belakang pentas yang cuba merampas bendera berkenaan.
Tindakan itu dirakam dalam sebuah video yang tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi.
Sementara itu jurucakap Royal Ballet dan Opera dalam kenyataan menjelaskan bahawa insiden itu adalah tindakan individu tersebut dan tiada penglibatan penganjur. - REUTERS