fb fb fb fb fb

20 lemas, bot karam di timur Afghanistan

Penduduk Momand Dara kerap menyeberangi sungai menggunakan bot/ AFP)

KABUL, 1 Jun- Dua puluh orang, termasuk kanak-kanak, lemas apabila sebuah bot karam semasa menyeberangi sungai di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan hari ini, kata seorang pegawai wilayah.

“Sebuah bot dengan wanita dan kanak-kanak di dalamnya karam pada jam 7 pagi di sungai di kawasan Basawul di daerah Momand Dara” timur Nangarhar, kata Ketua Jabatan Penerangan wilayah itu, Quraishi Badloon dalam satu catatan di aplikasi X.

Beliau berkata lima orang terselamat dalam insiden itu yang mana punca kejadian sedang disiasat.

Jabatan Penerangan dan Kebudayaan Nangarhar dalam satu mesej yang dikongsi dengan media berkata pihak berkuasa telah menghantar pasukan perubatan dan ambulans ke kawasan itu.

Sekurang-kurangnya lima mayat telah ditemui dan usaha sedang dijalankan untuk mencari yang lain.

Media tempatan melaporkan penduduk yang daif di kawasan itu kerap menyeberangi sungai menggunakan bot kerana tiada jambatan berhampiran.- AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI