fb fb fb fb fb

2.3 juta rakyat Filipina dihimpit kemiskinan

(FOTO FAIL/ AFP)

FILIPINA, 16 Ogos- Dianggarkan 2.3 juta rakyat Filipina dihimpit kemiskinan antara tahun 2018 dan 2021.

Perkara tersebut didedahkan oleh Penguasa Statistik Filipina (PSA).

Bilangan penduduk yang hidup dalam kemiskinan pada 2021 meningkat kepada hampir 20 juta atau 18.1 peratus daripada keseluruhan penduduk negara berbanding 16.7 peratus pada 2018.

Angka itu melangkaui sasaran kerajaan sebanyak 15.5 hingga 17.5 peratus.


(FOTO FAIL/ AFP)

Ketika ini Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Setiausaha Perancang Ekonomi, Arsenio Balisacan bersedia untuk mengurangkan kadar kemiskinan kepada 9 peratus menjelang 2028, sasaran yang diyakini boleh dicapai meskipun inflasi meningkat.

Menurut Balisacan, negara Asia Tenggara itu telah mencapai matlamatnya untuk mengeluarkan enam juta orang daripada kemiskinan, empat tahun lebih awal daripada sasaran 2022.

Bagaimanapun, sekatan COVID-19 pada 2020 dan kekurangan pekerjaan tetap untuk buruh miskin telah menyebabkan ramai rakyat Filipina kembali terjerumus ke dalam masalah kewangan.- AFP

Media Baharu