(Tentera Ukraine mengambil bahagian dalam latihan
ketenteraan di Donetsk, pada 21 Januari lalu/FOTO AFP)
OSLO, 23 Januari - Kira-kira 180,000 askar Rusia terbunuh dalam perang antara kedua-dua negara Rusia Ukraine manakala 100,000 lagi merupakan askar Ukraine, menurut Ketua Pertahanan Norway, Jeneral Eirik Kristoffersen pada Ahad.
Dalam wawancara dengan media Norway, Jeneral Kristoffersen berkata 30,000 orang awam dipercayai turut terbunuh dalam perang itu.
Sejak beberapa bulan lalu, Rusia dan Ukraine tidak memberikan jumlah sebenar korban jiwa yang melibatkan kedua-dua negara terbabit.
Pada November, ketua kakitangan bersama tentera Amerika Syarikat (AS) Mark Milley berkata tentera Rusia mencatakan lebih 100,000 individu yang terkorban atau cedera, dengan menjangkakan mungkin memiliki angka yang sama di pihak Ukraine.
Bagaimanapun, angka itu tidak boleh disahkan secara sahih.
(Askar Ukraine berdiri berhampiran sebuah kereta kebal di Kreminna, Lugansk, pada 12 Januari lalu,
di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine/ FOTO AFP)
Walaupun mengalami kerugian besar Rusia mampu meneruskan (perang ini) untuk jangka masa yang agak panjang," kata Kristoffersen semalam sambil memetik kapasiti pengerahan dan pengeluaran senjata Mosko.
"Apa yang paling membimbangkan adalah sama ada Ukraine akan dapat menghalang tentera udara Rusia daripada perang," katanya.
Kristoffersen menambah setakat ini mereka dapat menghalang serangan udara daripada Ukraine disebabkan pertahananan antipesawat Ukraine. - AFP