fb fb fb fb fb

18 maut, bot pelancong terbalik di teluk Ha Long

Teluk Ha Long antara destinasi pelancongan paling terkenal di Vietnam/Gambar fail AFP

HANOI, 19 Julai – Sekurang-kurangnya 18 orang maut manakala puluhan lagi dilaporkan hilang selepas sebuah bot pelancong terbalik di Teluk Ha Long, Vietnam, hari ini.

Bot yang membawa 48 penumpang dan lima kru itu terbalik akibat hujan lebat secara tiba-tiba ketika melakukan lawatan di kawasan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

VNExpress melaporkan pasukan pengawal berjaya menyelamatkan 12 mangsa dan menemui 18 mayat.

Rata-rata penumpang ialah sekumpulan keluarga dari ibu negara Hanoi dan lebih 20 kanak-kanak turut menaiki bot berkenaan.

Teluk Ha Long antara destinasi pelancongan paling terkenal di Vietnam, menerima jutaan pelawat setiap tahun.

Tahun lalu, 30 bot karam di kawasan berdekatan akibat ribut kuat dibawa Taufan Yagi. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN