fb fb fb fb fb

Qatar-AS sambut baik perjanjian gencatan senjata DR Congo-M23

Utusan khas AS Massad Boulos (kiri) dan ketua perunding Qatar Mohammed al-Khulaifi pada sidang media bersama di Doha selepas DR Congo dan M23 menandatangani perjanjian gencatan senjata/Foto AFP

DOHA, 19 Julai – Qatar dan Amerika Syarikat menyambut baik perjanjian gencatan senjata antara Republik Demokratik Congo (DC Congo) dan kumpulan bersenjata M23 yang disokong Rwanda selepas tiga bulan rundingan.

Menteri Luar Qatar, Mohammed Abdulaziz Al-Khulaifi, bersama Penasihat Khas Donald Trump, Massad Boulos, berkata perjanjian yang ditandatangani di Doha itu termasuk komitmen kepada gencatan senjata kekal bagi menamatkan konflik di timur DR Congo.

Perjanjian itu juga bagi menamatkan pertempuran di timur negara itu yang kaya dengan mineral.

Kedua-dua pihak komited menghentikan propaganda kebencian dan tidak lagi menawan kawasan baharu dengan kekerasan.

Perjanjian itu diselaraskan dengan perjanjian damai DRC-Rwanda yang ditandatangani di Washington bulan lalu.

Kesatuan Afrika (AU) menyifatkan perjanjian itu sebagai perkembangan penting ke arah keamanan berkekalan di timur DRC dan rantau Great Lakes.

Pertempuran di timur negara itu bergolak sejak lebih tiga dekad dan mengorbankan ribuan orang. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN