GUANAJUATO, 26 Mei- Pejabat Pendakwa Raya negeri Guanajuato, Mexico mengumumkan bahawa pihak berkuasa telah menemukan sebanyak 17 mayat di dalam sebuah rumah.
Menurut laporan Pejabat Pendakwa Raya, 16 mayat ditemukan dalam sebuah kubur rahsia di sebuah kediaman di bandar Irapuato.
Sementara itu satu lagi mayat, yang sudah mula mereput dan dalam keadaan rangka separa lengkap, ditemukan pada Sabtu.
Kesemua mayat telah dihantar ke makmal forensik untuk proses pengecaman identiti.- REUTERS