TURKIYE, 18 Julai - Seramai 153 anggota kumpulan IS ditahan dalam serbuan di seluruh negara, kata Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya pada Jumaat.
Operasi penahanan dilakukan dari bandar Izmir dan Mugla di barat daya dan Hatay serta Mardin di tenggara manakala di bandar Samsun, utara pantai Laut Hitam.
"Dalam operasi di 28 wilayah sejak dua minggu lalu, pihak polis telah menahan 153 anggota pertubuhan pengganas," kata Ali Yerlikaya di platform X.
Suspek dikesan menyediakan bantuan dana kepada beberapa organisasi gabungan dan melakukan propaganda kumpulan pengganas melalui akaun media sosial," katanya.
Ali Yerlikaya berkata pihak polis telah bertindak atas maklumat daripada perisikan Turkiye serta kerjasama daripada pihak berkuasa di luar negara.
Turkiye berkongsi sempadan 800 kilometer dengan Syria, di mana IS mengaku bertanggungjawab melakukan serangan ke atas pasukan kerajaan di selatan negara itu pada akhir Mei lalu. - AFP