fb fb fb fb fb

6 lagi terbunuh apabila Rusia lancarkan serangan terhadap Ukraine

Rusia lancar serangan udara ke atas bandar-bandar di Ukraine / foto AFP

KYIV, 18 Julai - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh apabila Rusia melancarkan serangan drone terhadap Ukraine, kata pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Moscow meningkatkan serangan udara ke atas bandar-bandar di Ukraine sejak beberapa minggu lalu, sebagai tanda mengingkari amaran Presiden Trump yang akan mengenakan sekatan baharu terhadap Rusia jika tiada perjanjian damai dilaksanakan.

Serangan terbaharu telah mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang di wilayah Dnipropetrovsk.

"Bangunan pentadbiran, kedai dan rumah penduduk telah musnah," kata Gabenor Sergiy Lysak di Telegram selepas serangan dron di daerah Kamyanske yang menyebabkan dua terbunuh.

Tiga orang lagi terbunuh di wilayah Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia yang sebahagiannya telah diduduki oleh tentera Rusia.

Rusia juga mengesahkan telah menembak jatuh 73 dron Ukraine di wilayahnya termasuk 10 yang dihala ke arah ibu negara Moscow. - AFP

HASRON BIN HASSAN