GAZA, 3 Jun – Sekurang-kurangnya 15 orang awam terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan rejim Israel pada Selasa.
Menurut Agensi Pertahanan Awam Gaza, tentera Israel melepaskan tembakan menggunakan kereta kebal dan dron ke arah orang ramai di selatan wilayah Palestin itu.
Jurucakap agensi tersebut, Mahmoud Bassal memberitahu serangan berlaku pada waktu subuh, apabila ribuan orang awam berkumpul berhampiran bulatan Al-Alam di kawasan Al-Mawasi, di bandar Rafah.
“Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila pasukan Israel melepaskan tembakan ke arah mereka,” katanya.
Kawasan Al-Mawasi sebelum ini diisytiharkan sebagai zon selamat oleh pihak tentera Israel, dan menjadi tempat perlindungan bagi ribuan penduduk yang melarikan diri daripada pertempuran sengit di kawasan lain.
-AFP