fb fb fb fb fb

15 maut dalam kebakaran hotel di Kolkata

Foto Hiasan

KOLKATA, 30 April– Sekurang-kurangnya 15 maut dalam satu insiden kebakaran di sebuah hotel di Kolkata, India pada Selasa.

Ketua Polis Kolkata, Manoj Verma berkata beberapa mangsa berjaya diselamatkan dari bilik dan bumbung hotel berkenaan.

"Mangsa bertindak memanjat keluar melalui tingkap untuk menyelamatkan diri.

"Kebakaran tersebut berjaya dikawal sepenuhnya," katanya.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM