GAZA, 21 Disember - Angka kematian serta kecederaan di Semenanjung Gaza melepasi 240,000 sejak konflik antara Israel dan Hamas tercetus 7 Oktober 2023.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, 13 nyawa lagi terkorban dalam tempoh 48 jam yang lepas.
"Enam kematian baru dilaporkan manakala tujuh lagi mayat ditemukan dalam runtuhan bangunan menjadikan angka keseluruhan kematian mencecah 70,925 orang dan 171,185 individu dilapor cedera.
"Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober lepas pula, 401 rakyat Palestin dilapor terbunuh dan 1,108 lagi cedera akibat serangan Zionis,"katanya.
Dalam pada itu, krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza terus meruncing, walaupun ancaman kebuluran dilaporkan berkurangan.
Pada Jumaat, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu,Antonio Guterres, memberi amaran kira-kira 1.6 juta individu iaitu lebih daripada 75 peratus penduduk Gaza dijangka menghadapi risiko kekurangan zat makanan yang serius.-REUTERS