(Foto Hiasan)
LIMA, 19 Julai- Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala berpuluh lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di kawasan terpencil, di sini.
"Pada masa ini 12 disahkan maut dan lebih 15 cedera.
"Kami masih berada di tempat kejadian bagi memberikan semua sokongan yang diperlukan, bersama-sama dengan pihak polis dan pekerja kesihatan," kata Datuk Bandar Wilayah Fitzcarrald, Carlos Oyola kepada stesen radio RPP.
Kemalangan tersebut berlaku pada petang Selasa, dengan bas terbalik dan terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di wilayah Andes di Ancash.
Bas tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Yauya ke ibu negara Lima.
Punca kemalangan masih dalam siasatan.
Kemalangan dilaporkan kerap berlaku di sepanjang lebuh raya Peru berpunca daripada pemanduan laju dan keadaan jalan yang teruk.
Selain kurangnya papan tanda jalan dan penguatkuasaan peraturan lalu lintas yang lemah.-AFP
(Bas tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Yauya ke ibu negara Lima)