fb fb fb fb fb

12 banduan terbunuh di penjara Ecuador

(Banduan terbaring di atas tanah di penjara Guayas 1 di Guayaquil, Ecuador
pada 14 April 2023/AFP)

GUAYAQUIL, 16 April- Sekurang-kurangnya 12 banduan terbunuh dalam pertempuran yang tercetus di sebuah penjara dekat pelabuhan sini di Ecuador pada Jumaat.

Menurut penjabat pendakwa, kesemua mayat banduan dari Penjara Litoral yang juga dikenali sebagai Guayas 1 itu mempunyai kesan tembakan.

Siasatan juga telah dibuka bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

Insiden berkenaan merupakan siri keganasan terbaharu selepas enam banduan di penjara sama ditemukan mati tergantung, manakala tiga pengawal wanita dibunuh pada Rabu.

Penjara Guayas 1 yang menempatkan kira-kira 6,800 banduan menjadi medan pembunuhan beramai-ramai, dengan latar belakang persaingan antara kumpulan penjenayah yang berjuang untuk mengawal aktiviti pengedaran dadah dalam penjara.

Sejak Februari 2021, lapan pembunuhan beramai-ramai telah direkodkan di penjara itu, dengan lebih 400 banduan terbunuh, kebanyakannya dikerat dan dibakar.

Ecuador mempunyai kira-kira 31,000 banduan di 36 penjara di seluruh negara. -AFP

 (Kenderaan tentera berperisai di luar penjara Guayas 1 di Guayaquil, Ecuador
pada 14 April 2023/AFP)

Media Baharu