TEHRAN, 16 Mac- Sekurang-kurangnya 11 terbunuh, manakala 486 lagi cedera di Iran semasa sambutan Chaharshanbe Suri, atau Pesta Api, pada Selasa.
Menurut jurucakap Pertubuhan Kecemasan Iran, Mojtaba Khaledi, dalam kalangan yang tercedera, 49 orang terpaksa dipotong kaki akibat kecederaan parah.
Jumlah mangsa pesta api ini meningkat 47 peratus berbanding tahun lalu.
Ia disambut rakyat Iran pada malam Rabu terakhir sebelum Nowruz, tahun baharu Iran, yang bermula 21 Mac tahun ini.
(Rakyat Iran meraikan Pesta Api dengan melompat ke atas unggun api dan membakar mercun di tempat awam -AFP)
Perayaan tahun ini bermula beberapa hari lalu dan mencapai kemuncaknya pada petang Selasa.
Rakyat Iran meraikan Pesta Api dengan melompat ke atas unggun api dan membakar mercun di tempat awam.
Upacara dilakukan untuk mengucapkan selamat tinggal dan menyambut kedatangan tahun baharu. -AFP