fb fb fb fb fb

11 terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Foto AFP

GAZA, 18 Oktober - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh apabila tentera Israel menembak sebuah kenderaan di tenggara Gaza pada Jumaat.

Menurut Perkhidmatan Pertahanan Awam Gaza, mangsa maut termasuk tujuh kanak-kanak dan tiga wanita.

Dentuman kuat berterusan di Gaza pada Sabtu meskipun pelaksanaan perjanjian gencatan senjata sedang berlangsung.

Pertempuran di Gaza sebahagian besarnya terhenti di bawah pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang disokong oleh pengantara dari Mesir, Qatar dan Turkiye.

Pada Jumaat, Hamas menggesa pengantara mempercepatkan langkah seterusnya di bawah gencatan senjata, termasuk membuka semula sempadan, membenarkan kemasukan bantuan, memulakan kerja pembinaan semula, menubuhkan pentadbiran dan menamatkan penarikan balik tentera Israel.

Hamas menegaskan mereka tetap komited kepada perjanjian gencatan senjata dan menyerahkan semua mayat tebusan yang masih tinggal.

Bagaimanapun, kumpulan itu berkata mereka memerlukan jentera berat dan peralatan penggalian bagi mempercepatkan proses pencarian mayat yang terkubur di bawah runtuhan. -REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM