JAKARTA, 4 Disember- Sekurang-kurangnya 10 individu masih hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda sebuah kampung berhampiran Danau Toba di pulau Sumatera Indonesia, kata seorang pegawai penyelamat pada Isnin.
Tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat melanda kawasan perumahan di sebuah kampung di wilayah Sumatera Utara pada Jumaat telah mengorbankan seorang wanita berusia 78 tahun.
Selain itu banjir tersebut menghanyutkan berpuluh-puluh rumah dan memusnahkan sebuah hotel.
Menurut Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Medan Budionoada dalam satu kenyataan, pada awalnya kira-kira 11 orang diumumkan hilang tetapi dalam operasi yang dilakukan itu menemui satu lagi mayat pada Isnin.
Antara yang hilang ialah kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun.
Usaha pencarian dibahagikan di air dan darat, dengan beberapa botserta penyelam mencari mangsa yang hilang semasa penggalian dan peninjauan di sekitar Danau Toba sedang dijalankan.
Mereka menggunakan pengesanan sonar kerana bimbang mayat mereka mungkin berada di dalam tasik tersebut, kata pegawai itu.
Kira-kira 140 orang telah dipindahkan dari kampung itu.- AFP