LOUISIANA, 17 Mei- Seramai 10 orang banduan termasuk beberapa yang didakwa atas kesalahan membunuh dilaporkan meloloskan diri dari sebuah penjara di New Orleans pada Jumaat.
Menurut pihak berkuasa, insiden itu dikesan selepas pegawai penjara melakukan pengiraan banduan pada sesi pagi dan mendapati beberapa tahanan telah tiada.
Banduan tersebut dipercayai melarikan diri dari beberapa jam lebih awal.
Bagaimanapun, Jabatan Polis New Orleans hanya dimaklumkan dua jam selepas kehilangan itu dikesan.
Menurut polis negeri Louisiana, salah seorang tahanan berjaya diberkas di kawasan pelancongan terkenal, French Quarter.
Suspek ditemui bersembunyi di bawah sebuah kereta di garaj sebuah hotel.
Pada mulanya, Sheriff Orleans Parish, Susan Hutson memaklumkan bahawa 11 orang tahanan telah melarikan diri, namun seorang daripada mereka kemudian dikenal pasti masih berada dalam penjara.
Peguam Negara Louisiana, Liz Murrill berkata kepada Fox News bahawa tahanan yang meloloskan diri dianggap berbahaya dan pihak berkuasa sedang berusaha melindungi orang awam yang mungkin menjadi sasaran mereka.- REUTERS