The Gunners tak boleh tercicir mata

Arsenal sekadar seri 1-1 ketika berdepan Brentford. Foto/AFP

LONDON, 13 Februari – Arsenal perlu fokus dalam baki semua perlawanan sekiranya mahu menamatkan penantian selama 22 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlu fokus dalam baki perlawanan untuk menamatkan penantian trofi liga.
  • Jangan tercicir mata lagi, tekan Declan Rice supaya semua perlawanan diberi tumpuan.
  • Perlu tutup gangguan luaran dan kekalkan keyakinan menjelang perlawanan seterusnya.

Pada perlawanan liga awal pagi Khamis, The Gunners tercicir dua mata apabila sekadar seri 1-1 dengan Brentford.

Keputusan itu kekal meletakkan Arsenal di kedudukan pertama liga dengan 57 mata, namun hanya dipisahkan empat mata dengan pencabar terdekat, Manchester City.

Pemain tengah, Declan Rice menggesa skuadnya memberi fokus untuk memastikan mereka tidak lagi tercicir mata dalam semua perlawanan selepas ini.

“Kami tak boleh anggap ia musim yang mudah walaupun berada di kedudukan pertama. Arsenal perlu terus percaya dengan kekuatan diri.

“Kami juga perlu sekat semua suara-suara dari luar yang boleh menjejaskan moral pasukan dan bertenang.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu mempunyai peluang untuk melebarkan jurang mata apabila dijadual menentang Wolverhampton 19 Februari ini. -AFP