
JOHOR BAHRU, 25 Februari– Dakwaan mengatakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri bukan milik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tidak benar.
- Stadium Sultan Ibrahim adalah milik penuh Johor Darul Ta’zim sejak 2020.
- Stadium sebahagian daripada visi Tunku Mahkota Ismail untuk ekosistem sukan bertaraf dunia.
- Operasi harian dan keselamatan diuruskan oleh Perbadanan Stadium Negeri Johor.
- Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai agar tidak menyebar dakwaan tidak berasas.
Sebaliknya, SSI yang mula digunakan sejak 2020 adalah milik JDT sepenuhnya.
Ia juga menjadi sebahagian visi pemilik kelab, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam membangunkan ekosistem sukan bertaraf dunia.
Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah menegaskan, dakwaan tidak berasas itu berpotensi mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Stadium yang menjadi kubu kuat juara 11 kali Liga Super itu ditadbir urus Perbadanan Stadium Negeri Johor (PSNJ) bagi operasi harian, mengurus aspek keselamatan, fasiliti, logistik dan penganjuran acara.
Beliau menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak membuat kenyataan yang boleh mencemar institusi sukan negeri dan kepimpinan Johor.