Spekulasi kesihatan reda, Rodriguez kembali jalani latihan

James Rodríguez / AFP

LOS ANGELES, 7 April – Kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS), Minnesota United menafikan laporan yang mendakwa bintang Colombia, James Rodriguez, mengalami masalah kesihatan serius selepas pemain itu kembali menjalani latihan semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rodriguez dimasukkan ke hospital tiga hari kerana dehidrasi teruk selepas jatuh sakit semasa perlawanan antarabangsa menentang Perancis pada 29 Mac.
  • Beberapa media Amerika Syarikat melaporkan kemungkinan rhabdomyolysis, keadaan tisu otot yang serius dan berpotensi membawa maut.
  • Beliau discaj dan kembali latihan dipantau; kembalinya ke latihan penuh akan berperingkat ikut protokol perubatan bergantung perkembangan kesihatan.

Rodriguez, 34, sebelum ini dimasukkan ke hospital selama tiga hari akibat dehidrasi teruk selepas jatuh sakit ketika aksi antarabangsa yang menyaksikan Colombia tewas 1-3 kepada Perancis pada 29 Mac lalu di Landover, luar Washington.

Beberapa media Amerika Syarikat sebelum ini melaporkan kapten Colombia itu berkemungkinan menghidap rhabdomyolysis, iaitu keadaan serius melibatkan kerosakan tisu otot yang dalam kes tertentu boleh membawa maut.

Namun, Minnesota United tampil menafikan dakwaan berkenaan.

“Kelab mengambil serius aspek kesihatan dan privasi pemain. Tiada sebarang bukti klinikal atau makmal yang menunjukkan beliau mengalami rhabdomyolysis,” menurut kenyataan kelab itu.

Rodriguez dilaporkan menjalani proses pemulihan di rumah selepas discaj minggu lalu sebelum kembali ke padang latihan dengan sesi yang dipantau rapi.

Menurut kelab itu lagi, proses kembalinya ke latihan penuh akan dilakukan secara berperingkat mengikut protokol perubatan dan bergantung kepada perkembangan tahap kesihatannya.-AFP