Skupski–Harrison juara beregu lelaki Terbuka Australia

Christian Harrison (AS) dan Neal Skupski mencium trofi selepas menjuarai beregu lelaki Australian Open di Melbourne Park, Melbourne/Foto Reuters

MELBOURNE, 31 Januari – Beregu pilihan keenam, Neal Skupski dan Christian Harrison, menjuarai beregu lelaki Terbuka Australia selepas menewaskan pasangan wildcard tuan rumah Jason Kubler–Marc Polmans, 7-6(4), 6-4 di Rod Laver Arena hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Neal Skupski dan Christian Harrison menjuarai beregu lelaki Terbuka Australia selepas menewaskan Kubler–Polmans 7-6(4), 6-4.
  • Kejayaan itu ialah gelaran Grand Slam pertama Harrison dan gelaran keempat Skupski secara keseluruhan.
  • Pasangan British–Amerika itu baru beraksi bersama sejak dua minggu lalu selepas latihan seminggu di Baton Rouge.

Kejayaan itu menghadiahkan Harrison gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya.

Manakala Skupski meraih gelaran keempat keseluruhan dalam beregu dan beregu campuran yang pertama di luar Wimbledon.

Menariknya, gandingan British–Amerika itu masih baharu apabila hanya mula beraksi bersama dua minggu lalu di Adelaide, selepas menjalani latihan selama seminggu di Baton Rouge pada Disember.

Dalam aksi beregu wanita, pilihan keempat Elise Mertens dan Zhang Shuai menjuarai gelaran dengan kemenangan 7-6(4), 6-4 ke atas Anna Danilina–Aleksandra Krunic.

Kemenangan itu memberikan Mertens gelaran Grand Slam keenam, manakala Zhang meraih yang ketiga.

Bagaimanapun, laluan kejuaraan hampir terhenti apabila gandingan Belgium–China itu terpaksa menyelamatkan tiga mata perlawanan pada pusingan kedua ketika menentang remaja Iva Jovic dan Victoria Mboko. – REUTERS

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan