Sebastien Ogier juara Rali Acropolis Greece

Foto REUTERS

ATHENS, 28 Jun – Juara dunia sembilan kali Sebastien Ogier memenangi Kejohanan Rali Acropolis Greece pada Ahad, selepas pesaingnya, Thierry Neuville mengalami masalah tayar pancit pada peringkat kedua terakhir perlumbaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ogier menamatkan saingan dengan kelebihan 58.3 saat ke atas Thierry Neuville; Takamoto Katsuta menduduki tempat ketiga.
  • Kemenangan itu merupakan kemenangan ke-69 Ogier dalam WRC dan kedua musim ini, dengan mata maksimum melalui kemenangan peringkat terakhir.
  • Ogier kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan, ketinggalan 33 mata di belakang pendahulu Thierry Neuville; Evans hanya ketujuh.

Ogier, yang mewakili Toyota bersama penunjuk arahnya, Vincent Landais menamatkan saingan dengan kelebihan 58.3 saat di hadapan  Neuville, manakala pemandu Toyota, Takamoto Katsuta menduduki tempat ketiga.

Ogier yang kini berada di kedudukan ketiga keseluruhan, ketinggalan 33 mata di belakang pendahulu, Thierry Neuville

Kejayaan itu merupakan kemenangan ke-69 buat Ogier dalam saingan Kejohanan Rali Dunia (WRC) dan yang kedua buatnya musim ini, menyaksikan beliau memungut mata maksimum menerusi kemenangan di peringkat terakhir dan saingan Super Sunday.

“Dewa-dewa Greece akhirnya menyebelahi saya,” kata Ogier mengenai kemenangan kedua dalam kariernya di Rali Acropolis, selepas kali pertama melakukannya pada 2011.

“Ia adalah minggu yang panjang dan tiada masa untuk berehat. Saya memandu sebaik mungkin dan cuba mengelak daripada melanggar setiap batu.”

Sementara Pendahulu kejuaraan daripada pasukan Toyota, Elfyn Evans sekadar menduduki tempat ketujuh, sekali gus menyaksikan kelebihannya ke atas Katsuta mengecil kepada tujuh mata selepas lapan daripada 14 pusingan perlumbaan selesai.

Pusingan rali seterusnya dijadualkan berlangsung di Estonia pada 17 hingga 19 Julai depan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.