
SETIU, 4 April – Kalendar perlumbaan sukan berkuda di Terengganu musim ini membuka tirai dengan penganjuran Kejuaraan Piala Menteri Besar Terengganu 2026 yang mempertaruhkan tiga kategori peringkat cabaran.
RINGKASAN BERITA AI
- Pertandingan bertaraf antarabangsa menarik penyertaan dari Thailand, Singapura, Indonesia dan Jepun, serta pasukan tempatan.
- Seramai 105 pelumba menyertai kejohanan, menunjukkan sokongan kuat komuniti berkuda.
- Acara sampingan memberi peluang kepada bakat pelapis dan orang ramai mendekati sukan berkuda.
- Perlumbaan bermula lewat petang Sabtu dan dijangka melabuhkan tirai seawal pagi esok.
Kejohanan berstatus antarabangsa itu berjaya menarik penyertaan dari Thailand, Singapura, Indonesia dan Jepun, selain penyertaan pasukan tempatan, menjadikan keseluruhan seramai 105 pelumba mengambil bahagian.
Selain tiga kategori utama yang dipertandingkan, penganjuran kali ini turut diserikan dengan beberapa acara sampingan yang memberi peluang kepada bakat pelapis serta orang ramai untuk lebih mendekati sukan berkuda.
Perlumbaan yang bermula lewat petang Sabtu itu dijadual melabuhkan tirai seawal pagi esok.