Piala Asia Wanita: Korea Utara mula kempen dengan langkah kanan

FOTO REUTERS

PARRAMATTA, 4 Mac – Myong Yu-jong meledak hatrik pada separuh masa pertama ketika Korea Utara mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Uzbekistan dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Korea Utara mempamerkan penguasaan permainan dan pertahanan kental sepanjang perlawanan.
  • Myong Yu-jong di keluarkan separuh masa kedua selepas meledak hatrik awal.
  • Uzbekistan alami beberapa kecederaan pemain utama yang menjejaskan rentak pasukan.
  • Kedudukan kumpulan menyukarkan Uzbekistan hadapi China dan Bangladesh seterusnya.

Juara kejohanan tiga kali itu yang membuat kemunculan semula buat kali pertama sejak 2010 mendominasi perlawanan dengan hantaran kemas selain mempamerkan pertahanan kental.

Beraksi di Stadium Western Sydney, Myong membuka tirai jaringan seawal minit keenam sebelum menambah dua lagi gol menerusi sepakan penalti.

Pemain tengah itu kemudian dikeluarkan separuh masa kedua yang menyaksikan enam pertukaran dilakukan skuad Korea Utara.

Sementara itu, Uzbekistan yang kembali ke Piala Asia selepas 23 tahun tidak beraksi, berdepan nasib malang apabila beberapa pemain utamanya mengalami kecederaan sekali gus menjejaskan rentak permainan pasukan.

Keadaan itu dijangka menyukarkan cabaran mereka dalam baki aksi kumpulan menentang juara bertahan China dan Bangladesh. – REUTERS