MLS: Inter Miami sekadar seri

Foto Hiasan / REUTERS

FORT LAUDERDALE, 2 Ogos -Inter Miami terlepas peluang keemasan untuk merapatkan jurang di puncak carta Major League Soccer (MLS) selepas diikat Columbus Crew 2-2 di Fort Lauderdale, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlawanan ditangguhkan 40 minit akibat cuaca buruk.
  • Luis Suarez menjaringkan gol pembukaan menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-16.
  • Noah Allen meletakkan Miami kembali di hadapan menerusi tandukan hasil hantaran Suarez sebelum rehat.
  • Lionel Messi dimasukkan minit ke-53 namun mensia-siakan dua peluang; kelemahan minit ke-84 dihukum; Miami kekal kedua dengan 38 mata.

Meskipun perlawanan ditangguhkan selama 40 minit akibat cuaca buruk, ia tidak menghalang Luis Suarez untuk menjaringkan gol pembukaan menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-16.

Columbus Crew menyamakan kedudukan hasil gol sendiri pertahanan Miami pada minit ke-34, sebelum Noah Allen meletakkan Inter Miami kembali di hadapan 2-1 menerusi tandukan hasil hantaran Suarez sebelum rehat.

Perlawanan turut menyaksikan kepulangan ketua pasukan, Lionel Messi yang dimasukkan pada minit ke-53, namun pemenang lapan kali Ballon d’Or itu mensia-siakan dua peluang keemasan di separuh masa kedua.

Kealpaan benteng Miami pada minit ke-84 akhirnya dihukum menerusi sepakan percuma Columbus Crew yang mengikat kedudukan 2-2 sehingga wisel penamat.

Satu mata itu menyaksikan Inter Miami kekal di tangga kedua dengan 38 mata, dua mata di belakang pendahulu liga, Nashville SC. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.