Mircea Lucescu letak jawatan ketua jurulatih Romania

Ketua jurulatih Romania, Mircea Lucescu/REUTERS

BUCHAREST,3 April – Mircea Lucescu telah melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Romania,umum Persekutuan Bola Sepak Romania (FRF) pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kekalahan 0-1 kepada Turkiye dalam separuh akhir playoff kelayakan Piala Dunia 26 Mac mendorong keputusan itu.
  • Beliau dikejarkan ke hospital selepas jatuh sakit semasa mesyuarat sebelum sesi latihan dan terlepas perlawanan persahabatan menentang Slovakia.
  • Peletakan jawatan menamatkan penggal kedua beliau, FRF memaklumkan beliau dijangka memulakan peranan baharu dan pencarian pengganti telah dimulakan.

Keputusan itu dibuat susulan kekalahan 0-1 kepada Turkiye dalam aksi separuh akhir ‘playoff’ kelayakan Piala Dunia 26 Mac lalu.

Pengendali berusia 80 tahun itu sebelum ini dikejarkan ke hospital pada minggu lepas selepas jatuh sakit semasa satu mesyuarat sebelum sesi latihan dijalankan.

Insiden tersebut menyebabkan beliau terlepas aksi persahabatan menentang Slovakia pada Selasa.

Peletakan jawatan ini sekali gus menamatkan penggal kedua Lucescu mengendalikan Romania.

Sewaktu tempoh pertama beliau sebagai jurulatih pada awal 1980-an, beliau berjaya membimbing negara itu ke Kejohanan Eropah 1984, yang merupakan penampilan sulung Romania dalam kejohanan tersebut.

FRF dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Lucescu dijangka akan memulakan peranan baharu dalam organisasi itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, usaha mencari pengganti bagi mengemudi pasukan untuk kitaran kelayakan seterusnya telah pun dimulakan. – REUTERS