Liga Juara Eropah: PSG mara ke pusingan 16 terbaik dengan agregat 5-4

Foto AFP

PARIS, 26 Februari– Paris Saint-Germain (PSG) bangkit daripada ketinggalan selepas seri 2-2 pada aksi kedua play-off menentang AS Monaco dalam Liga Juara Eropah awal pagi tadi, sekali gus mara ke pusingan 16 terbaik dengan agregat 5-4.

RINGKASAN BERITA AI
  • PSG mara ke pusingan 16 dengan agregat 5-4 selepas seri 2-2 menentang Monaco.
  • Monaco terlebih dahulu memimpin melalui gol Maghnes Akliouche sebelum rehat.
  • Mamado Coulibaly dilayangkan kad merah pada minit ke-58, menjadi titik perubahan perlawanan.
  • Marquinhos menyamakan kedudukan dan Khvicha Kvaratskhelia hampir memastikan kemenangan agregat.

Penyandang juara Eropah itu sebelum ini bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 pada aksi pertama di Monaco minggu lalu, perlawanan yang menyaksikan kelab tuan rumah kehilangan seorang pemain pada awal babak kedua.

Senario hampir sama berulang kali ini apabila pemain kebangsaan Perancis, Maghnes Akliouche meletakkan Monaco di depan sebelum rehat sekali gus menyamakan agregat secara keseluruhan.

Namun, pelawat kehilangan Mamado Coulibaly yang dilayangkan kad merah pada minit ke-58 dan situasi itu menjadi titik perubahan apabila PSG menyamakan kedudukan menerusi Marquinhos sebelum Khvicha Kvaratskhelia dilihat hampir memastikan kemenangan agregat.

Barcelona dan Chelsea berpotensi menjadi pencabar buat PSG di pusingan 16 terakhir.-AFP