Kompany tunggu saat akhir tentukan aksi Kane bertemu Real Madrid

FOTO AFP

MADRID, 7 April – Ketua Jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany, akan membuat keputusan saat akhir berhubung status penyerang utamanya, Harry Kane, menjelang aksi suku akhir Liga Juara menentang Real Madrid awal pagi esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kompany tekankan pentingnya berbincang dengan setiap pemain untuk mendapatkan maklum balas sebelum membuat keputusan.
  • Apabila keputusan dibuat, kami akan teruskan tanpa sebarang keraguan, kata Kompany pada sidang media.
  • Beliau mengakui pertembungan dengan gergasi Sepanyol antara cabaran paling sukar, lebih-lebih lagi di tempat lawan.
  • Bayern kini mendahului Bundesliga dengan kelebihan sembilan mata dan cuma satu kekalahan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Menurut Kompany, keputusan sama ada Kane diturunkan atau tidak hanya akan diputuskan pada hari perlawanan selepas perbincangan bersama pemain berkenaan.

“Saya fikir penting untuk berbincang dengan setiap pemain bagi mendapatkan maklum balas mereka. Apabila keputusan dibuat, kami akan teruskan tanpa sebarang keraguan,” katanya pada sidang media di sini.

Pengendali itu mengakui pertembungan dengan gergasi Sepanyol itu merupakan antara cabaran paling sukar, khususnya apabila beraksi di gelanggang lawan.

“Kami akan menentang salah satu pasukan terbaik di Eropah dan ia sentiasa menjadi perlawanan yang sukar, lebih-lebih lagi di tempat lawan,” tambahnya.

Bayern Munich ketika ini berada dalam prestasi cemerlang apabila mendahului Bundesliga dengan kelebihan sembilan mata, selain menamatkan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di tempat kedua dengan hanya satu kekalahan.

Juara Jerman itu dijadual berdepan Real Madrid pada aksi suku akhir pertama di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi esok.-REUTERS