Jurulatih Mesir optimis keadaan Salah

foto REUTERS

SEATTLE, 27 Jun – Jurulatih Mesir, Hossam Hassan, berkata beliau optimis mengenai keadaan kesihatan Mohamed Salah walaupun penyerang bertaraf bintang itu terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika Mesir seri 1-1 dengan Iran dalam aksi Piala Dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mohamed Salah terpaksa ditarik keluar pada minit ke-57, dilihat meletakkan pek ais di bawah paha kirinya.
  • Doktor akan menyediakan laporan dan menjalankan pemeriksaan kedua sebaik tiba di hotel.
  • Mesir mara ke pusingan kalah mati 32 selepas tempat kedua Kumpulan G dan akan berdepan Australia di Dallas pada 3 Julai.

Keputusan itu membolehkan Mesir mara ke pusingan kalah mati 32 terbaik selepas menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan G.

Bagaimanapun, Salah terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-57 selepas dilihat meletakkan pek ais di bawah paha kirinya.

“Doktor akan menyediakan laporannya sebaik sahaja kami kembali ke hotel dan akan menjalankan pemeriksaan kedua. Saya sudah bercakap dengan Salah dan Insya-Allah, kecederaan itu nampaknya tidak serius.

“Saya bercakap dengan Salah dan dia meyakinkan saya bahawa keadaannya akan baik dan kecederaan itu bukan sesuatu yang serius,” kata Hassan.

Mesir akan menentang Australia di Dallas pada 3 Julai bagi merebut tempat ke pusingan 16 terakhir. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.