Harimau Malaya tewas tipis aksi sulung Kumpulan B Kejuaraan Futsal Asean 2026

Foto FB FAM

NONTHABURI, 7 April – Skuad futsal Harimau Malaya tumpas 1-2 kepada Australia dalam perlawanan pertama Kumpulan B, Kejuaraan Futsal Asean 2026 Nonthaburi, Thailand semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Skuad negara bermula positif, menguasai babak awal; Adam Rayyan Nor Hisam menjaringkan gol awal pada minit ke-7.
  • Tyler Garner menyamakan kedudukan pada minit ke-27 dan Ethan De Melo melengkapkan kebangkitan lapan minit kemudian.
  • Malaysia akan berdepan Indonesia hari ini, lawan datang dalam momentum selepas menumbangkan Brunei 7-0.
  • Kedudukan Kumpulan B: Indonesia di hadapan, diikuti Australia, Malaysia dan Brunei.

Aksi di Stadium Nonthaburi menyaksikan skuad negara bermula positif apabila menguasai babak awal perlawanan. Pasukan kendalian Addie Azwan Zainal berjaya mengejutkan lawan menerusi jaringan awal Adam Rayyan Nor Hisam pada minit ke-7.

Australia bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi Tyler Garner pada minit ke-27. Ethan De Melo melengkapkan kebangkitan mereka lapan minit kemudian untuk menghadiahkan tiga mata buat pasukan itu.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan Indonesia di venue sama hari ini, dengan lawan hadir dalam momentum terbaik selepas membelasah Brunei 7-0.

Dalam aksi terakhir Kumpulan B pada Rabu pula, Malaysia akan bertemu Brunei. Selepas perlawanan pertama, Indonesia mendahului Kumpulan B, manakala Australia kedua diikuti Malaysia dan Brunei.