Dzumhur singkir pilihan keempat Borges di Terbuka Romania

Pemain tenis Bosni, Damir Dzumhur / AFP

BUCHAREST, 2 April – Pemain Bosnia, Damir Dzumhur, mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan keempat, Nuno Borges, pada pusingan kedua Terbuka Romania, dalam aksi penuh dramatik pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dzumhur bangkit selepas ketinggalan 4-0, menang set pertama melalui tie-break dan menguasai set kedua.
  • Beliau mematahkan servis Borges enam kali walaupun kehilangan servis sendiri sebanyak lima kali.
  • Dzumhur mara ke pusingan ketiga dan akan berdepan pilihan kelapan Botic van de Zandschulp.

Dzumhur bangkit selepas melepaskan kelebihan 4-0 dalam set pertama sebelum memenanginya menerusi tie-break, sebelum menguasai set kedua.

Perlawanan itu menyaksikannya mematahkan servis Borges sebanyak enam kali, walaupun kehilangan lima kali servis sendiri kepada pemain Portugal berkenaan.

Kemenangan itu menyaksikan Dzumhur mara ke pusingan ketiga untuk berdepan pilihan kelapan dari Belanda, Botic van de Zandschulp.

Sementara itu, pilihan ketujuh dari Argentina, Mariano Navone, tidak berdepan masalah menewaskan pemain Denmark, Elmer Moller, 6-2, 6-1.

Navone akan bertemu pemain kelayakan Slovakia, Alex Molcan, yang turut mencipta sensasi apabila menundukkan pilihan utama, Gabriel Diallo, 6-2, 6-2 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.-REUTERS