
MUNICH, 27 Februari – Pemain pertahanan Bayern Munich, Alphonso Davies mengalami kecederaan otot semasa kemenangan 3-2 ke atas Eintracht Frankfurt di Allianz Arena pada Sabtu, menurut kelab Jerman itu.
- Alphonso Davies mengalami koyakan gentian otot di hamstring kanannya semasa perlawanan menentang Eintracht Frankfurt.
- Davies digantikan pada minit ke-50 dan akan diketepikan buat sementara waktu menurut unit perubatan Bayern.
- Jurulatih Vincent Kompany jangka pemulihan dalam dua hingga empat minggu tetapi tempoh sebenar masih belum disahkan.
Davies, yang baru-baru ini kembali beraksi selepas kecederaan lutut bagi tempoh yang agak lama, digantikan oleh Hiroki Ito pada minit ke-50 selepas pemain Kanada itu rebah dan memerlukan rawatan perubatan.
“Alphonso Davies mengalami koyakan gentian otot di hamstring kanannya.
“Perkembangan ini disahkan oleh unit perubatan FC Bayern,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan terbabit, pemain pertahanan itu akan diketepikan buat masa ini.
Walaupun tempoh ketiadaan Davies masih belum disahkan, pengurus pasukan Vincent Kompany melahirkan harapan agar dia akan kembali dalam tempoh dua hingga empat minggu.
“Ia tidak kelihatan begitu teruk, tetapi saya tidak tahu sama ada ia akan mengambil masa dua atau empat minggu.
“Fikiran saya ialah ia tidak akan mengambil masa yang lama,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Bayern, yang berada di puncak Bundesliga dengan 60 mata daripada 23 perlawanan, akan menentang Borussia Dortmund yang berada di tempat kedua, Sabtu depan. – REUTERS