Auger-Aliassime, Medvedev mara ke separuh akhir Terbuka Dubai

Pemain Kanada, Felix Auger-Aliassime beraksi ketika perlawanan suku akhir Terbuka Dubai menentang Jiri Lehecka dari Republik Czech/ REUTERS

DUBAI, 27 Februari – Pilihan utama, Felix Auger-Aliassime mara ke separuh akhir Terbuka Dubai selepas menewaskan Jiri Lehecka dalam aksi suku akhir, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Felix Auger-Aliassime mara ke separuh akhir Terbuka Dubai selepas menewaskan Jiri Lehecka.
  • Auger-Aliassime menang 6-3, 7-6(2) dengan cemerlang dalam tie-break set kedua.
  • Daniil Medvedev juga layak ke separuh akhir selepas menewaskan Jenson Brooksby 6-2, 6-1.
  • Medvedev mendominasi dari garisan belakang dan memecah servis awal untuk mengawal tempo.

Pemain Kanada itu mencatat kemenangan 6-3, 7-6(2), dengan memastikan set kedua berpihak kepadanya menerusi aksi cemerlang dalam penentuan ‘tie-break’.

Auger-Aliassime tampil tenang dan konsisten sepanjang perlawanan, terutama ketika menguasai ‘tie-break’ untuk mengesahkan tempat ke kelompok empat terbaik kejohanan.

Aksi pemain Rusia, Daniil Medvedev ketika perlawanan suku akhir Terbuka Dubai menentang Jenson Brooksby dari Amerika Syarikat/ REUTERS

Sementara itu, Daniil Medvedev turut melangkah ke separuh akhir selepas membenam cabaran Jenson Brooksby 6-2, 6-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Pemain Rusia berkenaan mendominasi permainan dari garisan belakang gelanggang dengan baik sekali gus menyukarkan Brooksby.

Medvedev memecah servis lawan seawal permainan pertama dan terus mengawal tempo perlawanan ketika pemain Amerika Syarikat itu bergelut mengekalkan servisnya. -REUTERS