Atmane terus gemilang, Sinner menanti di separuh akhir Terbuka Cincinnati

OHIO, 15 Ogos– Pemain kelayakan Perancis, Terence Atmane menewaskan Holger Rune untuk menempah pertemuan separuh akhir dengan juara bertahan dan nombor satu dunia, Jannik Sinner, di Terbuka Cincinnati.

Atmane, 23 tahun mengalahkan Rune 6-2, 6-3 selepas menumpaskan pilihan ke-4, Taylor Fritz, dalam pusingan sebelumnya.

Kemenangan itu menyaksikan Atmane melonjak ke kedudukan 100 terbaik buat kali pertama dalam kariernya.

Sinner, yang menewaskan Felix Auger-Aliassime 6-0, 6-2, mempamerkan prestasi mantap untuk meraih kemenangan kelapan berturut-turut di kejohanan itu dan kemenangan ke-30 musim ini.

Juara Wimbledon itu mengakui setiap perlawanan berbeza dan bakal memberi fokus penuh dalam separuh akhir.

Dalam aksi lain, Ben Shelton, pilihan ke-5 dan juara Toronto baru-baru ini menewaskan Jiri Lehecka 6-4, 6-4 untuk berdepan pilihan ke-3, Alexander Zverev, di suku akhir.

Dalam perkembangan kategori wanita, juara Perancis Terbuka, Coco Gauff melangkah ke suku akhir dengan kemenangan 6-2, 6-4 ke atas Lucia Bronzetti.

Gauff dijadual akan menentang pilihan ke-7, Jasmine Paolini, yang menewaskan juara Wimbledon 2024, Barbora Krejcikova, 6-1, 6-2.

Sementara itu, France’s Varvara Gracheva bangkit mengatasi Jerman, Ella Seidel, 2-6, 6-1, 6-1 dan bakal berdepan Veronika Kudermetova, pemenang 6-4, 6-3 ke atas Magda Linette. – AFP