APG 2025: Mohamad Yusof Hafizi raih perak acara berbasikal lebuh raya

Foto MSN

NAKHON RATCHASIMA, 22 Januari – Atlet berbasikal negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, meraih pingat perak dalam acara berbasikal lebuh raya C1-C2 lelaki pada Sukan Para ASEAN (APG) 2025 di Universiti Teknologi Suranaree, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mohamad Yusof kalah tipis kepada pelumba Indonesia, tewas dengan beza masa 0.10 saat.
  • Yusof sebelum ini memenangi emas dalam acara ujian masa individu C1-C2 lelaki.
  • Kategori C3-C5 menyaksikan Zuhairie Ahmad raih gangsa sementara Indonesia dan Filipina rebut emas dan perak.

Atlet berusia 28 tahun itu menambah koleksi pingat dalam temasya tersebut selepas menamatkan saingan dengan catatan 1 jam 47.57 saat (s), hanya 0.10s di belakang pelumba Indonesia, Alana Tifan Abid yang meraih emas.

Sementara pingat gangsa diraih pelumba tuan rumah, Rimtamad Teerayut (1:59.02s).

Semalam, Mohamad Yusof membuka kempen di temasya dwitahunan itu dengan merangkul emas pertama Malaysia menerusi acara ujian masa berbasikal lebuh raya individu C1–C2 lelaki.

Dalam pada itu, bagi saingan kategori C3-C5, Zuhairie Ahmad Tarmizi memastikan kem negara meraih kedudukan podium dengan meraih pingat gangsa menerusi catatan masa 2:14.29s.

Pelumba Indonesia Sufyan Saori meraih emas (2:14:29s), sementara pelumba Filipina Lee Patrick Gerard meraih perak (2:14.29s). – BERNAMA