
KUANTAN, 29 Januari – Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) memperkukuhkan kerjasama serta penyelarasan pembangunan pelatih bersama Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang, Kuantan.
- Penyelarasan pembangunan pelatih AMD bersama SMK Gambang bagi kategori B-13 hingga B-15 dengan fokus teknikal, pendidikan dan kebajikan.
- Perbincangan menumpu hal persekolahan pelatih serta pengurusan program latihan di SMK Gambang.
- Komitmen berterusan dijangka melahirkan pelatih holistik, seimbang dan sedia menyumbang kepada pembangunan bola sepak negara.
- Pertemuan dihadiri pemimpin NFDP dan pihak pengurusan SMK Gambang bagi memantapkan kerjasama dan pelaksanaan program.
FAM dalam hantaran di Facebook rasmi memaklumkan, ia melibatkan pelatih bawah 13 tahun (B-13), B-14 dan B-15 dengan penekanan diberi kepada aspek teknikal, pendidikan dan kebajikan mereka.
“Perbincangan tertumpu kepada perkara berkaitan penyelarasan hal persekolahan pelatih AMD di SMK Gambang serta pengurusan program latihan pelatih.
“Perbincangan dan komitmen berterusan dalam perkara berkenaan berpotensi melahirkan pelatih yang holistik, seimbang serta bersedia menyumbang kepada pembangunan bola sepak negara,” menurut hantaran itu.
Pertemuan terbabit dihadiri oleh Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Datuk Ong Kim Swee; Pengurus Besar NFDP, Muhammad Yusuf Ibrahim dan Pengurus AMD, Mohd Zairul Faiz Zanudin.
Sementara pihak pengurusan SMK Gambang antaranya diwakili Pengetua, Muhammad Nazran Mat Nawi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Muhammad Isa Harun serta barisan guru pentadbir.