Institusi pendidikan, rumah ibadah digalak guna tenaga solar

Datuk Seri Fadillah Yusof/ RTM

KUCHING, 29 November- Kerajaan menggalakkan lebih banyak institusi pendidikan dan rumah ibadah menggunakan tenaga solar bagi mengurangkan kos serta pelepasan karbon.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tenaga solar menjimatkan kos dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau demi memelihara alam sekitar.
  • Penggunaan solar menyokong komitmen negara mencapai sifar karbon bersih menjelang 2050.
  • Program solar berkembang di Semenanjung Malaysia dan Sarawak, termasuk projek solar terapung.
  • Lebih banyak rumah ibadah digalak menyediakan pengecas EV bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penggunaan tenaga solar bukan sahaja memberi penjimatan, malah membantu memelihara alam sekitar melalui pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

“Penggunaan tenaga solar dapat membantu menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan gas, selaras dengan komitmen negara untuk mencapai sasaran sifar karbon bersih menjelang 2050.

“Pelaksanaan sistem solar kini rancak di Semenanjung Malaysia dan turut berkembang di Sarawak, bukan sahaja menerusi projek solar terapung, tetapi juga pelbagai program solar lain,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sistem fotovolta solar (PV) dan pengecas kenderaan elektrik (EV) di Masjid Al-Abyad, Matang, di sini.

Kemudahan pengecas EV berkenaan turut dipasang di dua lokasi lain, iaitu Masjid Ikhwan Islam di Taman Sukma dan sebuah madrasah di Kampung Rampangi.

Datuk Seri Fadillah berharap lebih banyak rumah ibadah memasang kemudahan pengecas EV bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik.

Setakat 30 September, sebanyak 7,341 unit pengecas EV dipasang di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.