PRN Sarawak: Polis terima 19 permohonan permit ceramah, politik

Foto BERNAMA

KUCHING, 29 November – Polis Sarawak menerima 19 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13, setakat semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program dan aktiviti politik yang diluluskan akan dipantau supaya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
  • Dua laporan polis diterima; satu kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala satu lagi dirujuk kepada SPR.
  • Polis akan terus mempertingkat kesiapsiagaan, pematuhan dan penguatkuasaan sepanjang pilihan raya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Saifullizan Ishak berkata setiap program dan aktiviti politik yang diluluskan akan dipantau bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjelaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Daripada aspek penguatkuasaan, dua laporan polis diterima semalam, dengan satu kertas siasatan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dibuka.

“Manakala satu laporan polis dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, pihak polis akan terus mempertingkat tahap kesiapsiagaan, pematuhan dan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang pilihan raya itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.